Replika ikan buntal
1.Kampung Spaoh
2.Bungin
3.Serembang
4.Mangut
5.Supa
6.Sebemban
7.Buda
8.Balingan
9.Tanjung Assam
10. Medang
Dalam semua kampung ini,Spaoh adalah pusat kerana di sini terdapat semua kemudahan dan fasiliti,seperti pasar,pejabat daerah,dewan masyarakat,pejabat pos,sekolah menengah,waterfront dan sebagainya.Jadi secara tidak langsung Spaoh adalah kampung yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk menjalankan aktiviti seharian.
Trademark
Jika anda datang ke Spaoh,ada sebuah pesta yang dinamakan Pesta Buntal.Keunikannya adalah pada musim buntal,para nelayan akan ke laut untuk menangkap ikan buntal untuk dijual.Malahan pada musim ini,disebabkan terlalu banyak sambutan,maka Pesta Buntal diadakan setiap tahun dan diadakan bermacam pertandingan seperti menangkap buntal,lumba perahu,,pasar jualan, pertandingan mewarna, karoke,sukaneka dan biasanya berlangsung selama tiga hari di Kampung Mangut.Kalau anda pertama kali datang ke sini,jangan lupa untuk mencuba ikan buntal,pasti nak lagi,,....
Ikan Buntal Sarawak,kuning,lemak pasti sedap |
Pertandingan regatta sempena Pesta Buntal |
Meriah
Seperti yang telah dinyatakan,kampung Spaoh adalah menjadi tumpuan penduduk sekitar,maka tidak hairan jika kampung ini sentiasa meriah dari pagi hingga ke malam,gerai gerai tepi jalan adalah pemandangan biasa di kampung ini,malah,boleh dikatakan sangat meriah dengan berkumpulnya penduduk dari pelbagai jenis kaum untuk memasarkan produk jualan mereka.Ini adalah satu tradisi yang dikekalkan dari dulu hingga sekarang iaitu hidup bermasyarakat dan harmoni
Sukan
Pernahkah anda mendengar akan permainan tradisi iaitu Gasing? Ya, di kampung ini,penduduk sangat terkenal dengan permainan gasing,dan dimainkan oleh setiap lapisan umur, tidak kira tua atau muda. Oleh itu, pertandingan pangkah gasing selalu diadakan mengikut kategori yang ditetapkan,Perkara positif seperti ini sangat bagus dipraktikkan untuk menjaga khazanah tradisi masyarakat melayu yang telah bermula sejak dulu.
Anak muda bermain gasing |
Spaoh pekan koboi
Pekan Spaoh terdiri dari beberapa deret rumah kedai/pasar,kebanyakannya dimonopoli oleh kaum cina.Namun hal ini tidaklah menjadi penghalang untuk bermuafakat,malahan penduduk yang berbilang kaum seperti ini,lebih kuat ikatan persaudaraan kerana sentiasa menjaga sensitiviti antara kaum.Oleh kerana pasar sentiasa meriah,ada kalangan penduduk menggelarkan pekan spaoh sebagai pekan koboi
Terbakar hangus |
Pekan spaoh,yang tengah itu sudah terbakar pada hujung tahun 2019 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan