Khamis, 19 Ogos 2021

Cara dan tips memancing udang galah

 

TIPS MEMANCING UDANG GALAH


DITULIS OLEH : Sabri Malikie

Adakah anda peminat udang? Untuk anda yang baru berjinak dalam dunia memancing udang, terlebih dahulu anda hendaklah mempunyai peralatan yang sesuai. Ini bagi memastikan supaya aktiviti memancing lebih seronok dan tidak mudah untuk kumpau. Oleh itu kami dari pasukan PEMBURU SEPIT BIRU SARAWAK akan berbagi tip kepada anda semua yang baru bergiat untuk memancing udang.

1.UMPAN

  • Umpan yang pertama, yang paling terkenal dan universal adalah cacing tanah. Buat anda yang baru bermula, pasti agak geli untuk memegang cacing. Cacing boleh digunakan untuk memancing udang atau ikan dan sesuai digunakan di semua lokasi seperti sungai,kolam dan parit. Kalau untuk dilaut, ia bergantung kepada spesis ikan juga
  • Umpan yang kedua, yang paling menjadi pilihan para pemancing udang adalah Perumpun. Perumpun adalah sejening cacing berwarna merah panjang, boleh dijumpai di kawasan tanah pokok nipah yang telah ditebang. Udang amat menggemari perumpun dan tidak hairanlah ia menjadi pilihan para pemancing.Namun, anda hendaklah menggunakan perumpun bersaiz kecil sahaja, kerana jika menggunakan perumpun yang besar, peluang untuk anda dapat udang galah agak tipis. Harga perumpun untuk seekor biasanya mengikut saiz, RM3 - RM5 untuk saiz kecil, RM6 - RM8 untuk sederhana dan RM 10 - RM15 untuk saiz besar.
Seekor perumpun biasanya sepanjang 1 hasta 
  • Selain cacing dan perumpun, anda juga boleh menggunakan anak udang sebagai umpan. Anda hendaklah menggunakan anak udang yang kecil sahaja.

2. MATA KAIL

Kami dari team sepit biru, biasanya menggunakan mata kail saiz 1 dan 2,mungkin kebanyakan orang akan mengunakan saiz 4 dan ke atas, bergantung kesesuaiaan seseorang pemancing, tapi yang paling berkesan insyaallah adalah saiz yang kami guna.

3.BILA MASA SESUAI MEMANCING UDANG

Sebelum turun memancing,hendaklah tahu keadaan air sungai dahulu. Masa paling sesuai adalah ketika air Nakah,atau medok. Air nakah bermaksud ketika air pasang perlahan, arus perlahan dan tidak tinggi. Air sungai sebegini sememangnya ditunggu oleh para pemancing untuk memancing udang.

4.PERALATAN MEMANCING.

Sebagai persediaan memancing udang, anda tidak perlu menggunakan peralatan yang mahal, tetapi jika anda berkemampuan apa salahnya. Ini disebabkan, tarikan udang tidaklah seganas tarikan ikan, cuma anda perlu pandai bermain dengan tali dan joran semasa menarik udang. Anda hanya perlu menarik dengan perlahan, tidak terlalu laju dan kasar.

  • JORAN - Untuk joran, anda boleh menggunakan jorang sepanjang 4 atau 5 kaki, bergantung kepada kesesuaian anda.Pastikan juga joran yang digunakan adalah joran udang sahaja, kerana joran udang lebih lembut dan lentur, mudah untuk kita tahu samaada umpan dimakan udang atau tidak.

  • KEKILI - Untuk memancing udang, kekili murah saiz 1000 atau 2000 sudah mencukupi. Ia diangggap sudah sangat sesuai untuk udang sungai atau kolam dengan purata berat 50 - 600 gram.

  • BATU LADUNG - Batu ladung yang sesuai adalah saiz 3 atau 4. Berat batu ini sudah memadai dengan arus sungai perlahan dan sederhana untuk memancing udang

  • TALI PERAMBUT - Tali perambut tidak perlu besar, cukup menggunakan tali tangsi atau fluorokarbon yang halus sahaja sebagai contoh perambut saiz 6lb sehingga 10 lb.Tali yang besar akan menyukarkan mata kail udang yang kecil dan halus untuk diikat.

5. HABITAT UDANG

Udang kebiasaannya banyak didapati di sungai yang ditumbuhi pokok nipah, kepada anda yang ingin memancing, carilah kawasan yang sesuai, tidak perlu baling terlalu jauh kerana biasanya udang bermain ditepi sungai.

Kawasan pokok nipah

Kepada anda yang berniat untuk melibatkan diri dalam aktiviti memancing udang, jagalah tutur kata dan kelakuan ketika berada di sungai dan jangan sesekali bercakap besar serta celupar, kerana tiada siapa menyangka dalam air yang tenang, pasti ada sesuatu yang menunggu dan sentiasa berhati hati, menjaga keselamatan diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan