CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN
Ditulis oleh : Sabri Malikie
Untuk anda yang hendak berjinak2 memancing udang galah, anda hendaklah terlebih dahulu mengetahui bagaimana rentak joran apabila udang memakan umpan.
Pertama sekali anda hendaklah memastikan joran yang digunakan adalah joran udang, bukan joran yang jenis solid, ataupun joran ikan,kerana joran yang lembut,mudah untuk kita nampak samaada udang makan atau tidak.
Untuk mengetahui cara udang galah memakan umpan, lihat pergerakan hujung joran,hujung joran akan bergerak seperti ditarik ke bawah dan ke atas,perlahan lahan,bukan seperti tarikan ikan ye..ia berlaku disebabkan sepit udang yang kecil,berdekatan dengan mulutnya,menarik umpan untuk dimakan.
Sepit kecil untuk menarik umpan bukan sepit besar |
Jika pergerakan joran berlaku seperti itu, anda boleh bersedia untuk menarik joran, dengan pangkal joran dinaikkan ke atas sedikit,dan ditarik secara perlahan, jika ditarik dengan kasar, ia akan mengoyakkan mulut udang,dan risiko untuk kumpau sangat tinggi.
Tarik perlahan, rasakan sensasi tarikan udang,barulah rasa keseronokannya.
Jika anda melihat hujung joran bergetar getar sedikit seperti tarikan ikan,percayalah,itu hanya udang saiz kecil yang memakan umpan,paling2 sebesar ibu jari tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan