Rabu, 8 September 2021

Pukat empang@belat

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kali ini saya ingin memberitahu kepada saudara bagaimana hendak memasang empang @ belat.pertama sekali peralatan mesti lah lengkap seperti pukat belat,kayu tekong buluh kira kira 12 kaki panjang dan penyedok. 

Pukat belat adalah wajip ada,ye lah kalau xda pukat belat macam mana nak puat pemasangan kan. Hehehe. Panjang pukat belat terpulang kepada individu masking-masing. Kebiasaan nya panjang pukat belat mesti melebihi 10 depa. Ada yang sampai 50m panjangnya.

Kayi tekong pula kegunaannya untuk melekatkan kaki pukat supaya tidak mudah tercabut. Kalau tak ada kayu tekong takut tercabut pula kaki pukat yang kita pasang nanti. Rugi penat lelah.

Buluh pula berfungsi sebagai tiang penahan untuk pukat yang kita telah siap pasangkan. Bila air pasang penuh, kita akan meng ikat puncak pukat pada buluh yang sudah dita am tadi. Biasanya seutas pukat belat@empang akan menggunakan 3 hingga 5 batang buluh. Bergantung pada panjang pukat yang hendak dipasang. Makin panjang pukat, makin banyaklah buluh yang akan digunakan.

Pukat akan ditahan selamat 3 hingga 3 jam setengah. Setelah air pasang besar, bermulalah kerja mengangkat puncak empang dan akan Di ikatkan pada tiang buluh yang kita tanam tadi. Apa bila air semak in surut, pukat akan Di turunkan sedikit demi sedikit sehingga lah paras air betul betul surut.

Setelah air betul betul surut, bermula lah kerja kerja mengutip hasil yang ada Di dalam pukat tadi. Penyedok akan digunakan untuk mengutip hasil yang ada Di dalam pukat. Kebiasaan ya hasil yang selalu kita pungut adalah seperti ikan sembilang, ikan baung, ikan siakap, ikan betutu, dan Spesies ikan duri, termasuk juga sepit biru.

Setelah siap kerja mengutip hasil, pukat akan Di bersih kan dan disimpan kedalam guni.buluh akan dicabut untuk kegunaan ditempat lain pula.

Sekian saja untuk kali ini. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke blok saya. 


Jumaat, 20 Ogos 2021

Proses pembuatan jala tradisional

 

JALA BARU

Sudah menjadi kebiasaan untuk para pemancing atau nelayan yang bermain di laut, pasti ada koleksi jala untuk dijadikan alat menangkap udang atau ikan. Jadi kebetulan ada masa terluang, saya isi dengan membuat jala. Saya membuat jala sedikit demi sedikit, maklumlah terlalu banyak aktiviti yang dilakukan, kalau tidak turun ke laut, meluangkan masa bersama keluarga.Jika ada masa benar benar terluang, barulah saya akan sambung membuat jala.

Ini jala udang,kalau ikan,lubang dia besar sikit






Setengah siap


Atas biru,tengah putih,bawah biru

Anda berminat hendak membeli jala, sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi saya di talian 016-895 4695 ( Shariff )

Sayangi sungai kita

 

Apa akibatnya sekiranya anda meracun udang untuk memperoleh hasil yang lebih lumayan?

Ditulis oleh : Sabri Malikie


Menteri bersama penduduk melepas benih ikan di Kabong ( gambar Sarawakvoice )
Penggunaan racun kimia carbofuranmethomyl dan potas atau semulajadi seperti tuba pada masa sekarang amat membimbangkan para nelayan,dan juga penduduk yang bergantung dengan hasil sungai untuk menyara hidup.Hal ini kerana terdapat banyak aktiviti tidak berfaedah seperti meracun udang dengan harapan akan mendapat hasil yang lebih banyak malah menguntungkan jika dijual.Namun, sejauh manakah kesannya jika perkara ini dibiarkan berlarutan?

Racun serangga Carbofuran

Kesan jangka panjang

Kegiatan meracun udang seolah olah tiada kesudahan,malah semakin menjadi jadi.Sekiranya berlarutan, banyak spesis air sungai akan terancam bukan hanya setakat udang sahaja malah spesis air sungai yang lain.Udang galah bukan sahaja berkurangan,malah telur udang yang tidak dapat dibiakkan akan mati begitu sahaja sekaligus menyebabkan populasi udang galah dan spesis ikan semakin terancam.

Kesan terhadap para nelayan

Seperti yang kita tahu,kebanyakkan penduduk pesisir sungai dan laut,bergantung dengan hasil tangkapan untuk menyara keluarga dan menjadi sumber ekonomi utama. Namun, perkara ini boleh dikatakan mengganggu periuk nasi kerana hasil tangkapan berkurangan akibat perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk yang meracun udang.

Proses pemuliharaan tergendala

Jabatan perikanan adalah organisasi yang mengawal selia sektor perikanan di Malaysia dengan melepaskan benih ikan di sungai setiap tahun sebagai kaedah atau inisiatif untuk memulihara spesis ikan agar tidak pupus.Namun dengan perbuatan meracun udang, segala usaha pihak berwajib akan tergendala kerana, benih ikan hanyalah 20% hingga 30% akan berjaya hidup dan membesar.Sekiranya ini terjadi, kelestarian dan sumber pendapatan komuniti akan terganggu.


Kesan terhadap kesihatan

Amat tidak bertanggungjawab sekiranya menjual hasil udang yang diperolehi dengan kaedah meracun atau menuba, hal ini kerana udang tersebut telah terkena bahan kimia toksik.Kebiasaannya untuk orang yang pakar tentang udang, mereka dapat mengenali samaada udang tersebut udang segar atau udang yang telah diracun.Namun , bagi yang tidak dapat membezakan udang tersebut, sudah pasti rasa teraniaya malah dikhuatiri mereka akan terkena bahan kimia yang terkandung dalam udang tersebut.


Oleh itu, janganlah kita menganiaya orang lain dengan memungut hasil melalui cara yang salah. Seeloknya, jagalah kelestarian alam sungai agar selalu trjaga dan mengelakkan habitat sungai pupus.

Pembangunan Arus Perdana Spaoh

 

Pembangunan Arus Perdana Spaoh

Ditulis oleh : Sabri Malikie


Rumah paling cantik di Spaoh

Beberapa tahun kebelakangan ini, Spaoh dilanda arus pembangunan, dengan pembinaan struktur baharu sebagai pemudahcara dan kesenangan penduduk. Perkara ini amatlah positif jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu, dimana kampung Spaoh hanyalah pekan kecil yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk berurusniaga dan menjalankan aktiviti seharian.


Pembangunan berterusan ini adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan aktiviti perniagaan, meningkatkan daya saing kepada penduduk bagi memaksimumkan jana ekonomi serta memberi kemudahan kepada penduduk dengan menyediakan fasiliti yang lengkap.

Tebingan Waterfront Spaoh(credit UKAS)
 
1.Waterfront

Projek kerajaan ini memakan masa hampir dua tahun untuk disiapkan.Waterfront yang terletak di tebingan sungai,berdekatan pasar Spaoh kini menjadi destinasi anak muda dan keluarga untuk beriadah.Disini juga disediakan beberapa pondok,serta taman permainan kanak kanak.


Suasana waterfront Spaoh

2. Kompleks Sukan Spaoh

Salah satu projek kerajaan berskala besar, iaitu komplek sukan ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.Kompleks ini menyediakan trek lumba lari, padang bola sepak, dewan badminton, dewan futsal dan beberapa fasiliti lain seperti surau serta tandas.

Kompleks Sukan Spaoh dalam pembinaan dengan kos RM 15 juta

3.Pasar tamu 

Pasar tamu sedang disanitasi

Kebanyakan penduduk Spaoh yang bergiat dalam pertanian, akan memasarkan hasil mereka di sini, pasar tamu yang disiapkan bagi menggantikan tempat perniagaan lama, kerana ketiadaan tempat khas bagi penduduk berniaga.Oleh sebab itu, penduduk berniaga di tepi jalan, dan sebagai usaha mengatasi masalah itu, kerajaan telah membina pasar tamu ini untuk penduduk berniaga. Anda boleh membeli pelbagai jenis sayuran,buah buahan, hasil hutan dan kuih muih disini.


4.Pasar

Pasar  spaoh terbakar hujung tahun 2019


Pasar terbakar telah berwajah baru.

5. Dewan masyarakat Spaoh

Dewan ini dahulunya adalah dewan sukan,namun atas inisiatif kerajaan,dewan ini diroboh dan dibina semula dan dilengkapi dengan pendingin hawa,kipas,serta pondok jaga dan kawasan parkir yang luas. Dewan ini hanya digunakan untuk aktiviti keramaian dan aktiviti rasmi.


Turut dirancang : 

Menaik taraf Klinik Kesihatan Spaoh 

Pusat Giat Mara 

Jambatan ikonik ( 30 juta )

Pejabat daerah baharu

STOLport ( lapangan terbang landasan pendek) Bebuling bernilai RM108 juta )

Dengan adanya pembaharuan ini, akan menjadikan kampung Spaoh sebuah kampung Agropolitan dengan menambah baik keperluan rakyat untuk lebih bergiat dalam sektor pertanian moden.


Nelayan sungai

 

Indahnya Jadi Nelayan

Ditulis oleh : Sabri Malikie


Salam sejahtera kepada peminat udang semua, kali ini kami hendak berkongsi dengan anda semua,hasil hasil tangkapan udang dan ikan dari kami team Pemburu Sepit Biru Sarawak. Semua hasil ini kita dapat dari aktiviti memancing,menjala dan memasang pukat.


Biasanya kalau sampai di darat,ada juga penduduk yang sudah menunggu ketibaan kami untuk membeli udang dan ikan,untuk udang yang fresh dari sungai kira kira gred A, harganya boleh mencecah rm 70-80 per kg.Ini adalah harga yang standard,sangat berbeza dengan udang kolam.

Jika anda ingin mencuci mata, mari lihat aksi dan hasil kami dibawahDan jika anda hendak melihat banyak lagi aksi kami,lawati page Facebook dan saluran youtube kami.

https://youtube.com/user/marwawi
pemburusepitbirusarawak









Gaya En. Semi



















Udang galah


Sepit biru


Ikan sembilang
Ikan sembilang

Ikan betutu


Hasil menjala


Ikan panjang gaiss






Ikan siakap gaiss


Lumayan hasilnya gaiss


Sepit biru sarawak










Hasil menjala gaiss










Perahu 8k


Nasi hitam gaiss


Gaya En. Comat




Cari yang single ye.. 

Baiklah para peminat udang galah semua,sampai disini saja perkongsian dari kami. Jika anda ingin lihat banyak lagi aksi kami,jangan lupa lawati page FB dan saluran youtube kami PEMBURU SEPIT BIRU SARAWAK.


Kenali cara Udang memakan umpan

 

CARA UDANG GALAH MEMAKAN UMPAN

Ditulis oleh : Sabri Malikie

gambar sekadar hiasan ( kredit UMPAN )

Untuk anda yang hendak berjinak2 memancing udang galah, anda hendaklah terlebih dahulu mengetahui bagaimana rentak joran apabila udang memakan umpan.

Pertama sekali anda hendaklah memastikan joran yang digunakan adalah joran udang, bukan joran yang jenis solid, ataupun joran ikan,kerana joran yang lembut,mudah untuk kita nampak samaada udang makan atau tidak.

Untuk mengetahui cara udang galah memakan umpan, lihat pergerakan hujung joran,hujung joran akan bergerak seperti ditarik ke bawah dan ke atas,perlahan lahan,bukan seperti tarikan ikan ye..ia berlaku disebabkan sepit udang yang kecil,berdekatan dengan mulutnya,menarik umpan untuk dimakan.

Sepit kecil untuk menarik umpan bukan sepit besar

Jika pergerakan joran berlaku seperti itu, anda boleh bersedia untuk menarik joran, dengan pangkal joran dinaikkan ke atas sedikit,dan ditarik secara perlahan, jika ditarik dengan kasar, ia akan mengoyakkan mulut udang,dan risiko untuk kumpau sangat tinggi.

Tarik perlahan, rasakan sensasi tarikan udang,barulah rasa keseronokannya.

Jika anda melihat hujung joran bergetar getar sedikit seperti tarikan ikan,percayalah,itu hanya udang saiz kecil yang memakan umpan,paling2 sebesar ibu jari tangan.

Khamis, 19 Ogos 2021

Cara dan tips memancing udang galah

 

TIPS MEMANCING UDANG GALAH


DITULIS OLEH : Sabri Malikie

Adakah anda peminat udang? Untuk anda yang baru berjinak dalam dunia memancing udang, terlebih dahulu anda hendaklah mempunyai peralatan yang sesuai. Ini bagi memastikan supaya aktiviti memancing lebih seronok dan tidak mudah untuk kumpau. Oleh itu kami dari pasukan PEMBURU SEPIT BIRU SARAWAK akan berbagi tip kepada anda semua yang baru bergiat untuk memancing udang.

1.UMPAN

  • Umpan yang pertama, yang paling terkenal dan universal adalah cacing tanah. Buat anda yang baru bermula, pasti agak geli untuk memegang cacing. Cacing boleh digunakan untuk memancing udang atau ikan dan sesuai digunakan di semua lokasi seperti sungai,kolam dan parit. Kalau untuk dilaut, ia bergantung kepada spesis ikan juga
  • Umpan yang kedua, yang paling menjadi pilihan para pemancing udang adalah Perumpun. Perumpun adalah sejening cacing berwarna merah panjang, boleh dijumpai di kawasan tanah pokok nipah yang telah ditebang. Udang amat menggemari perumpun dan tidak hairanlah ia menjadi pilihan para pemancing.Namun, anda hendaklah menggunakan perumpun bersaiz kecil sahaja, kerana jika menggunakan perumpun yang besar, peluang untuk anda dapat udang galah agak tipis. Harga perumpun untuk seekor biasanya mengikut saiz, RM3 - RM5 untuk saiz kecil, RM6 - RM8 untuk sederhana dan RM 10 - RM15 untuk saiz besar.
Seekor perumpun biasanya sepanjang 1 hasta 
  • Selain cacing dan perumpun, anda juga boleh menggunakan anak udang sebagai umpan. Anda hendaklah menggunakan anak udang yang kecil sahaja.

2. MATA KAIL

Kami dari team sepit biru, biasanya menggunakan mata kail saiz 1 dan 2,mungkin kebanyakan orang akan mengunakan saiz 4 dan ke atas, bergantung kesesuaiaan seseorang pemancing, tapi yang paling berkesan insyaallah adalah saiz yang kami guna.

3.BILA MASA SESUAI MEMANCING UDANG

Sebelum turun memancing,hendaklah tahu keadaan air sungai dahulu. Masa paling sesuai adalah ketika air Nakah,atau medok. Air nakah bermaksud ketika air pasang perlahan, arus perlahan dan tidak tinggi. Air sungai sebegini sememangnya ditunggu oleh para pemancing untuk memancing udang.

4.PERALATAN MEMANCING.

Sebagai persediaan memancing udang, anda tidak perlu menggunakan peralatan yang mahal, tetapi jika anda berkemampuan apa salahnya. Ini disebabkan, tarikan udang tidaklah seganas tarikan ikan, cuma anda perlu pandai bermain dengan tali dan joran semasa menarik udang. Anda hanya perlu menarik dengan perlahan, tidak terlalu laju dan kasar.

  • JORAN - Untuk joran, anda boleh menggunakan jorang sepanjang 4 atau 5 kaki, bergantung kepada kesesuaian anda.Pastikan juga joran yang digunakan adalah joran udang sahaja, kerana joran udang lebih lembut dan lentur, mudah untuk kita tahu samaada umpan dimakan udang atau tidak.

  • KEKILI - Untuk memancing udang, kekili murah saiz 1000 atau 2000 sudah mencukupi. Ia diangggap sudah sangat sesuai untuk udang sungai atau kolam dengan purata berat 50 - 600 gram.

  • BATU LADUNG - Batu ladung yang sesuai adalah saiz 3 atau 4. Berat batu ini sudah memadai dengan arus sungai perlahan dan sederhana untuk memancing udang

  • TALI PERAMBUT - Tali perambut tidak perlu besar, cukup menggunakan tali tangsi atau fluorokarbon yang halus sahaja sebagai contoh perambut saiz 6lb sehingga 10 lb.Tali yang besar akan menyukarkan mata kail udang yang kecil dan halus untuk diikat.

5. HABITAT UDANG

Udang kebiasaannya banyak didapati di sungai yang ditumbuhi pokok nipah, kepada anda yang ingin memancing, carilah kawasan yang sesuai, tidak perlu baling terlalu jauh kerana biasanya udang bermain ditepi sungai.

Kawasan pokok nipah

Kepada anda yang berniat untuk melibatkan diri dalam aktiviti memancing udang, jagalah tutur kata dan kelakuan ketika berada di sungai dan jangan sesekali bercakap besar serta celupar, kerana tiada siapa menyangka dalam air yang tenang, pasti ada sesuatu yang menunggu dan sentiasa berhati hati, menjaga keselamatan diri